My Add

Tuesday 3 June 2014

Ahli Parlimen Pas bantah PBT

SHAH ALAM, ISNIN 02 Jun, 2014: Keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu mengambil alih pengurusan pasar pagi dan malam yang sebelum ini dikendalikan persatuan menimbulkan rasa kurang senang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Beliau sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan tersebut atas alasan tidak selari dengan usaha untuk meningkatkan penglibatan persatuan penduduk di negeri itu dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk pengurusan di kawasan masingmasing.

Sehubungan itu, beliau tetap mempertahankan hak jawatankuasa persatuan penduduk untuk mengutip bayaran sewa tapak pasar pagi dan malam sebagai wakil kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk yang dianggotai ahliahli Pas.

"Saya tidak setuju dengan keputusan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan pasar pagi dan pasar malam yang diuruskan oleh jawatankuasa penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diletakkan sepenuhnya di bawah PBT.

"Ini bukan soal duit (kutipan sewa) tetapi pengurusan pasar malam dan pagi di bawah jawatankuasa penduduk dan JKKK adalah untuk memberi peluang kepada mereka menguruskan kawasan masingmasing yang dilihat lebih kepada aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri sebelum ini yang mengarahkan seluruh PBT mengambil alih pengurusan pasar pagi dan malam di Selangor yang difahamkan mendapat bantahan daripada jawatankuasa penduduk serta JKKK di beberapa kawasan di negeri itu termasuk Shah Alam.

Pada 8 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim menerusi laporan portal berita kerajaan negeri, www.selangorku.com mengesahkan arahan pengambilalihan tersebut yang dibuat secara berperingkatperingkat sejak dikuatkuasakan pada 2012 lagi.

Menurut Chang Khim, menerusi pengambilalihan itu pengurusan tapak pasar pagi dan malam diletakkan di bawah bidang kuasa PBT sepenuhnya termasuk urusan kutipan sewa tapak.

Sebelum ini, kirakira 6,000 penjaja dan peniaga Melayu turut membantah tindakan kerajaan PKR Selangor mengambilalih secara berperingkat pengurusan tapak pasar malam di seluruh negeri itu mulai awal tahun ini.

Naib Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor, Hanim Mohd. Said berkata, pengambilalihan tersebut menyebabkan mereka kini terpaksa akur dengan apa sahaja peraturan atau syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Khalid menyatakan beliau menerima aduan daripada beberapa jawatankuasa penduduk serta JKKK mengenai arahan berkenaan dan telah meminta pertimbangan kerajaan negeri supaya tidak dilaksanakan.

"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri. Saya minta kerajaan negeri supaya mengambil alih pengurusan pasar pagi dan malam yang dikendalikan jawatankuasa penduduk yang bermasalah sahaja, yang tidak ada masalah tidak perlu ambil alih," jelasnya.

Pada masa sama, Khalid ketika ditanya mengenai dakwaan penglibatan ahli Pas dalam aktiviti kutipan sewa tapak pasar pagi dan malam berkata, perkara itu tidak ada kenamengena kerana pengurusan pasar terbabit sebelum ini di bawah jawatankuasa penduduk dan JKKK yang mana ahlinya mungkin terdiri daripada anggota pelbagai parti politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment