My Add

Tuesday, 17 June 2014

China atasi Jepun sebagai pasaran robot terbesar

BEIJING, SELASA 17 Jun, 2014: China membeli sejumlah 36,860 robot industri pada 2013,kira-kira satu perlima daripada robot industri dunia tahun lalu, menjadikan ekonomi terbesar kedua dunia itu mengatasi Jepun sebagai pembeli utama teknologi berkenaan.

Data yang disiarkan oleh ChinaRobotIndustryAlliance(CRIA) hari ini menunjukkan jumlah penjualan robot di China melonjak 36 peratus tahun lalu daripada setahun sebelumnya.

Antaranya lebih 9,500 unit dibuat di China, manakala yang diimport merupakan 73 peratus daripada jumlah pembelian, katanya.

Peningkatan permintaan untuk robot industri di negara ini disebabkan pertumbuhan cergas sektor pembuatan China, terutama sektor makanan, kimia, elektronik dan automobil, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai Persekutuan Industri Mesin ChinaWangRuixiang sebagai berkata. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment