My Add

Thursday 5 June 2014

China guna panda ramal keputusan Piala Dunia

BEIJING, KHAMIS 05 Jun, 2014: Sekumpulan anak panda gergasi akan digunakan untuk meramalkan keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, beruang berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pangkalan pemeliharaan panda di Sichuan, China.

China berharap haiwan berkenaan akan dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment