My Add

Thursday 19 June 2014

Dewan Rakyat gantung N. Surendran 6 bulan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran hari ini digantung enam bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat semasa sidang akhbar di lobi Perlimen, Isnin lalu.

Usul penggantungan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) diluluskan tanpa dibahas.

Ini berikutan sesi perbahasan tidak dapat diteruskan ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang berterusan mencetus kekecohan dengan berdemonstrasi di dalam Dewan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment