My Add

Thursday 19 June 2014

Iraq minta AS lancar serangan udara

BAGHDAD, KHAMIS 19 Jun, 2014: Kerajaan Iraq, hari ini secara rasmi meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan serangan udara ke atas kedudukan kumpulan militan yang menguasai beberapa bandar dan kawasan utama di negara ini sejak lebih seminggu lalu.

Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari berkata, permintaan itu dibuat berdasarkan perjanjian keselamatan antara Washington-Baghdad dan serangan udara perlu dilancarkan dengan segera bagi mematahkan kemaraan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Bagaimanapun, Zebari menegaskan bahawa tindakan ketenteraan sahaja tidak akan mencukupi dan penyelesaian secara politik perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan krisis tersebut.

Awal minggu ini, AS menempatkan kapal pengangkut pesawat di Teluk Parsi dan mengerahkan sejumlah anggota tentera untuk meningkatkan tahap keselamatan di Iraq, tetapi Washington masih belum memberi maklum balas terhadap permintaan Baghdad untuk melancarkan serangan udara ke atas ISIL. - AF/UTUSAN

No comments:

Post a Comment