My Add

Thursday 19 June 2014

Dewan Rakyat kecoh, MP Padang Serai digantung 6 bulan

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee mengambil keputusan meluluskan usul bagi menggantung anggota Parlimen PKR Padang Serai N.Surendran selama enam bulan.

Keputusan Kiandee dipersetujui di Parlimen selepas usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim diluluskan tanpa dibahas berikutan perang mulut antara anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Usul itu diluluskan Kiandee selepas melihat anggota-anggota parlimen pembangkang tidak berminat untuk membahaskan usul tersebut sebaliknya mempersoal keputusan Speaker membenarkan usul itu dibahaskan.

Susulan keputusan itu, para anggota Parlimen pembangkang melaungkan perkataan 'rubber stamp', menyifatkan Parlimen sebagai 'pak turut'.

Ini tindakan kedua terhadap naib presiden PKR itu kerana pada November tahun lepas, Surendan turut digantung selama enam bulan atas kesalahan menghina Speaker. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment