My Add

Wednesday 4 June 2014

Dua anggota renjer maut di Pattani

PATTANI, SELASA 03 Jun, 2014: Dua anggota renjer maut apabila diserang ketika sedang menjalankan tugas mengawal keselamatan guru dan orang ramai di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 7 pagi di jalan utama Pattani-Narathiwat di Kampong Trakborn, Saiburi Pattani, menurut pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Saiburi, Panya Karawanan berkata, kedua-dua mereka ditembak di kepala dan tubuh dengan senjata M16 dan .9mm oleh lelaki yang berada di dalam kereta.

Kejadian itu menhgagalkan percubaaan suspek menanam bom di tempat berhampiran.

Polis percaya suspek membawa bom untuk ditanam di atas jalan di kawasan berhampiran kerana 100 meter dari tempat kejadian terdapat satu lubang yang telah digali.

Berikutan kejadian, 100 pegawai keselamatan dikerah untuk mengepung kawasan jarak satu kilometer dari tempat kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment