My Add

Wednesday, 4 June 2014

Kementerian nafi pengguna gaji kurang RM5,000 nikmati subsidi bahan api

PUTRAJAYA, SELASA 03 Jun, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menafikan laporan hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Laporan itu hanyalah satu spekulasi, kata Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment