My Add

Monday 16 June 2014

Esscom perlu pertingkat risikan dengan Filipina - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, ISNIN 16 Jun, 2014: Kawalan di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) bukan hanya bergantung kepada aset dan keanggotaannya sahaja, malah ia perlu melibatkan kerjasama dari segi risikan dengan Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan Esscom tidak patut dipertikaikan, namun ia perlu meningkatkan tahap risikan dengan negara berkenaan bagi mengelak sebarang jenayah di kawasan itu.

"Kita tidak sepatutnya bergantung kepada aset dan peralatan sahaja namun kita perlu mempertingkatkan rangkaian risikan dengan kerajaan Filipina.

"Usaha juga telah dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan pasukan keselamatan memantau pergerakan penceroboh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y. Yun di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kejadian penculikan terbaru di Kunak, Semporna, Sabah tengah malam tadi membabitkan dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk, yang dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment