My Add

Monday 16 June 2014

Kerajaan sedia bantu UNU-IIGH laksanakan kajian kesihatan

KUALA LUMPUR, ISNIN 16 Jun, 2014: Malaysia bersedia memperuntukkan sebarang sokongan kepada United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) bagi membolehkan pelbagai kajian berkaitan isu kesihatan dijalankan di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia bagi membolehkan penyelidikan bermutu tinggi dalam bidang kesihatan sebagai satu inisiatif menyediakan persekitaran yang sihat untuk rakyat.

``Kita sangat bertuah apabila merupakan antara 13 negara yang dipilih UNU untuk menubuhkan IIGH di sini yang membuktikan negara sangat komited dalam menangani isu kesihatan dalam kalangan rakyat termasuk masyarakat di seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid sempena perasmian bangunan UNU-IIGH di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment