My Add

Sunday 8 June 2014

Fasal libatkan peranan raja dalam pelantikan lembaga pengarah LPHJ dipinda

JOHOR BAHRU, AHAD 08 Jun, 2014: Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tetap akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, namun dengan beberapa pindaan dalam fasalnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, akan berlaku pindaan khususnya melibatkan peruntukan tentang peranan raja dalam pelantikan lembaga pengarahnya.

"Ada fasal yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan raja adalah atas nasihat menteri besar terutama dari segi pelantikan.

"Sementara itu, lain-lain fasal semuanya akan ditiadakan. Hanya itu yang akan disentuh oleh raja," katanya semasa sesi penggulungan sidang DUN hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment