My Add

Sunday 8 June 2014

Kerajaan negeri tubuh jawatankuasa semak keputusan kes Pulau Batu Putih

NUSAJAYA, AHAD 08 Jun, 2014: Kerajaan negeri bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dikelolakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu tentang kes tuntutan Pulau Batu Putih.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan Artikel 61(5), Chapter III, Statute of The International Court Of Juctice menyatakan bahawa permohonan untuk menyemak kembali kehakiman perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman.

Beliau berkata, dalam kes Pulau Batu Putih, tarikh penghakiman pada 23 Mei 2008 dan ini bermakna tempoh rayuannya akan tamat pada 23 Mei 2018.

``Maka dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, ia dapat mengkaji serta mengumpul segala bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu.

``Ini juga selari dengan Artikel 61(1) Akta yang sama yang menyatakan bahawa setiap rayuan hendaklah disertakan dengan bukti-bukti baharu yang kukuh,'' katanya dalam sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Kota Iskandar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment