My Add

Tuesday 17 June 2014

FIM 2014 catat nilai transaksi perniagaan RM364 juta

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2014 (FIM 2014) mencatat nilai transaksi perniagaan sebanyak RM364 juta.

FIM 2014 juga turut mencatatkan peningkatan bakal francaisi iaitu seramai 1,560 orang atau penambahan kira-kira 16 peratus berbanding tahun lepas, kata Persatuan Francais Malaysia dalam satu kenyataan di sini.

FIM 2014 berperanan sebagai platform untuk membangunkan industri francais tempatan seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais di Asia Tenggara menjelang 2020.

FIM 2014 berlangsung dari 13 hingga 15 Jun lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra, dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment