Infrastruktur maklumat, data spatial perlu ditambah baik - Najib
Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, SELASA17 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pihak perlu berusaha untuk menambah baik infrastruktur maklumat sedia ada, termasuk yang berkaitan dengan data ruangan.
Perdana Menteri memberitahu, dasar-dasar berkaitan perkara itu hendaklah tepat, mudah diakses dan boleh diintegrasikan dalam persekitaran bersama.
Menurut beliau, langkah itu akan membantu organisasi-organisasi terbabit untuk mencapai objektif sosial dan ekonomi yang ditetapkan.
Dalam hal ini, data ruangan yang lebih baik akan menyumbang kepada dasar-dasar yang lebih efektif, program-program yang lebih cekap dan keberhasilan yang lebih memuaskan," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Persekutuan Juruukur Antarabangsa (FIG) 2014 di sini Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment