My Add

Monday 16 June 2014

Getah sumbang RM33.7 bilion pendapatan negara

PUTRAJAYA, ISNIN 16 Jun, 2014: Sektor getah kini menjadi penyumbang besar kepada pendapatan negara apabila sebanyak RM33.7 bilion dijana daripada industri tersebut tahun lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas berkata,‎ ‎kerajaan akan meneruskan pelaksanaan penyelidikan bagi mencapai tahap produktiviti getah dengan sasaran hasil purata kebangsaan kepada 2,000 kilogram menjelang 2020.

"Jika ini tercapai, kita dijangka membuat pengeluaran sebanyak dua juta tan metrik getah setahun sekali gus dapat memastikan bekalan bahan mentah cukup untuk menyokong aktiviti kegunaan sektor hiliran," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment