Kabinet arah kawal harga getah
PUTRAJAYA, ISNIN 16 Jun, 2014: Kabinet pada 13 Jun lalu memutuskan agar Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaksanakan mekanisme mengawal selia harga getah ekoran kemerosotan industri itu sejak kebelakangan ini.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, antara salah satu mekanisme tersebut mengurangkan penglibatan orang tengah dengan urus jual beli getah dibuat melalui 64 koperasi pekebun kecil di seluruh negara.
"Selain itu, LGM akan menetapkan harga cadangan kepada koperasi tersebut agar getah dijual lebih tinggi daripada nilai cadangan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment