My Add

Sunday, 15 June 2014

Hodgson sukar terima kekalahan England

MANAUS, Brazil, AHAD 15 Jun, 2014: Pengurus England, Roy Hodgson mengakui, beliau sukar menerima kekalahan pasukannya kepada Itali, biarpun skuad muda Three Lions mempamer aksi memberangsangkan dalam perlawanan Kumpulan D di sini, pagi tadi.

Itali menang 2-1 dalam aksi sulung mereka, berterima kasih kepada tandukan kemenangan yang disempurnakan oleh Mario Balotelli pada minit ke-50.

"Sukar untuk melihat perkara yang positif daripada perlawanan ini apabila anda mengalami kekalahan.

"Walaupun kami menunjukkan persembahan baik, terutama dengan membariskan sebahagian besar pemain muda, ia tetap sesuatu yang sukar untuk diterima," kata Hodgson. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment