My Add

Sunday 15 June 2014

TLDM selamatkan kapal yang dirampas lanun
KUALA LUMPUR, AHAD 15 Jun, 2014: Sebuah kapal tangki, MT AI MARU yang membawa 1,000 tan metrik Marine Gas Oil telah ditawan lanun semalam.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam di 30 batu nautika selatan Pulau Aur, JohorSebaik sahaja menerima laporan, TLDM telah mengaturgerakkan KD Terengganu untuk memintas lanun tersebut.

Lanun yang menyedari kehadiran KD Terengganu bertindak melarikan diri menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa.

Semua kru kapal dipercayai dalam keadaan selamat dan minyak yang dibawa juga tidak dapat dilarikan.

KD Terenggnua sedang melaksanakan pemantauan rapi ke atas MT AI MARU bagi mendapatkan status kru kapal serta mengesan baki penjenayah sekiranya ada. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment