My Add

Sunday 8 June 2014

Iran adakan perbincangan nuklear dengan AS dan Rusia

TEHERAN, AHAD 08 Jun, 2014: Iran akan mengadakan perbincangan nuklear selama dua hari bersama Amerika Syarikat (AS) bermula Isnin depan, kemudian diikuti perbincangan sama dengan Rusia, dua hari kemudian.

Agensi berita IRNA semalam memetik seorang menteri sebagai berkata, perbincangan bersama pegawai AS akan diadakan di Geneva, manakala perbincangan dengan Rusia akan berlangsung di Rom pada hari Rabu dan Khamis depan.

"Timbalan Menteri Luar Iran akan mengetuai pertemuan itu," jelas menteri tersebut. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment