My Add

Sunday 8 June 2014

Datuk Bandar Urbiztondo mati ditembak

MANILA, AHAD 08 Jun, 2014: Tiga orang terbunuh termasuk seorang Datuk Bandar, selepas dua lelaki bersenjata melakukan serangan hendap ke atas mangsa di bandar Urbiztondo, utara Manila, semalam.

Polis berkata, Ernesto Balolong bersama seorang polis pengiring ditembak ketika sedang mengadakan lawatan di sekitar Urbiztondo.

Turut terbunuh adalah seorang penduduk awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menggunakan van, sebelum kenderaan tersebut ditinggalkan berhampiran bandar berkenaan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment