My Add

Thursday 12 June 2014

Jalin kerjasama baik dengan KPDNKK

KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyaran anggota tribunal untuk terus mempunyai hubungan baik dengan kementerian tersebut dalam memastikan segala tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, melalui hubungan baik serta persefahaman jitu juga akan turut menarik keyakinan pelanggan mengenai mutu perkhidmatan yang diberikan.

"Apa yang akan dinilai oleh pelanggan adalah mutu perkhidmatan yang diberikan sama ada dapat memenuhi kehendak mereka atau sebaliknya.

"Mutu perkhidmatan yang baik dapat memenuhi kehendak pelanggan adalah merupakan satu elemen penting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi atau institusi itu," katanya ketika berucap dalam pertemuan bersama anggota tribunal di bawah KPDNKK di sini hari ini.

Tambah Hasan, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab khusus di kementeriannya, anggota tribunal turut di saran untuk menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan.

"Selain itu anggota tribunal juga disaran untuk melaksanakan ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif serta membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.

"Saya berharap anggota tribunal yang merupakan sebahagian daripada keluarga KPDNKK akan turut menghayati dan menjadikan visi, misi dan teras strategik kementerian ini sebagai asas dalam melaksanakan tugas masing-masing," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment