My Add

Tuesday 10 June 2014

Jual antara pilihan sedang dikaji untuk selamatkan MAS

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Pemegang saham utama Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melihat penjualan syarikat penerbangan nasional itu sebagai satu daripada pilihan yang sedang dikaji dalam usaha memulihkan syarikat itu untuk jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokthar berkata, antara pilihan lain yang turut dipertimbangkan ialah suntikan modal dan pengisytiharan bankrap.

Bagaimanapun kata beliau, semua pertimbangan itu bergantung kepada kesannya ke atas kewangan MAS serta kepentingan sosial dan imej negara memandangkan syarikat penerbangan itu merupakan aset penting negara.

"Pada masa sama, bantuan kepada MAS oleh Khazanah adalah menggunakan wang pembayar cukai. Perkara itu juga harus dipertimbangkan.

"MAS merupakan pelaburan teras Khazanah kerana syarikat itu menjaga kepentingan negara," katanya pada sidang akhbar sempena persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment