My Add

Tuesday 10 June 2014

Kad Pra Bayar Tahun Melawat Malaysia dilancar

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: MAA Group Berhad hari ini melancarkan Kad Pra Bayar Melawat Malaysia kepada pelancong sebagai inisiatif memudahkan mereka membuat transaksi pembelian ketika melawat negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Azizan Noordin berkata, menerusi kad itu pemegang bukan sahaja bakal menikmati diskaun, malah tidak terdedah kepada kehilangan wang yang dibawa.

"Kad ini bakal memberi lebih keselesaan kepada pelancong asing terutama ketika mereka membeli-belah bersempena Tahun Melawat Malaysia," katanya selepas melancarkan kad berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment