My Add

Sunday, 8 June 2014

Kasanova raih RM63,500 setahun tipu wanita

KUALA SELANGOR, SABTU 07 Jun, 2014: Dengan hanya bermodalkan janji manis, seorang lelaki berjaya menipu wanita dan meraih wang tunai kira-kira RM63,500 dalam tempoh setahun.

Lelaki yang dipercayai berasal dari Sarawak itu menggunakan laman Facebook untuk mencari dan mempedayakan mangsanya dengan mendakwa sebagai seorang bekas anggota penguat kuasa yang datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang daripada mangsanya berusia 25 tahun yang mendakwa turut tertipu dengan permainan kotor lelaki yang dikenali sebagai ‘Mohd. Firdaus Joe Abdullah’, 35.

Katanya, dia mula mengenali lelaki itu pada Disember lalu melalui Facebook dan selama enam bulan mereka hanya berhubung melalui Facebook sebelum dia mengambil keputusan untuk menemuinya.

"Kami berjumpa di sebuah pasar raya di Klang dan selepas tiga kali bertemu, Firdaus yang mendakwa dirinya duda, menyatakan hasrat untuk berkahwin.

"Masa itu saya tak berfikir apa-apa kerana telah jatuh cinta. Lelaki itu kemudiannya meminta saya membuat pinjaman peribadi untuk persiapan perkahwinan disebabkan dia tidak boleh membuat pinjaman kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Kerana sayang, saya turutkan kehendaknya dan kami juga te­lah membeli cincin dan barangan perkahwinan bersama-sama, tetapi tidak lama selepas itu, dia mula meminta wang dengan alasan membeli barangan kahwin," katanya di sini hari ini.

Dia berkata, selepas habis RM13,000 wang simpanan kenduri kahwini mereka diberikan kepada Firdaus, lelaki itu mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa.

Tambahnya, tembelang lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas seorang wanita di laman Facebook meminta saya menghubunginya dan mengakui menjadi mangsa tetapi hanya kerugian RM500, selain mendedahkan seorang lagi mangsa kerugian lebih RM50,000.

"Saya terus ke rumah sewa lelaki itu untuk menuntut semula wang saya dan lelaki itu berjanji untuk memulangkannya, tetapi sehingga sekarang dia telah menghilangkan diri dan dipercayai pulang ke Sarawak.

"Saya berani buat pendedahan ini sebab tak mahu lagi ramai wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki ini yang pandai bermain kata-kata sehingga sanggup menggunakan agama Islam untuk mendekati mangsanya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment