My Add

Tuesday, 3 June 2014

Kastam gagalkan dua cubaan seludup syabu di KLIA

SEPANG, SELASA 03 Jun, 2014: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan dua cubaan menyeludup dadah jenis syabu sebanyak 15.44 kilogram bernilai RM2.93 juta.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, cubaan menyeludup itu dilakukan oleh dua lelaki warganegara Uzbekistan dan Negeria melalui balai ketibaan KLIA, di sini.

``Modus operandi yang digunakan suspek pertama adalah dengan menyorok barang kes dalam bagasi menggunakan serbuk kopi dan kes kedua pula menyorok barang kes di ruangan rahsia dalam bagasi demi mengaburi mata pihak berkuasa.

``edua-dua Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment