My Add

Tuesday 3 June 2014

UTM perkenal reaktor mini biodiesel mudah alih

JOHOR BAHARU, SELASA 03 Jun, 2014: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memperkenalkan reaktor mini biodiesel mudah alih, hasil ciptaan terbarunya dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan dan kegunaan biodiesel.

Pengarah Ekspedisi Biodiesel 2014, Khairul Iman Khiruzzaki berkata, reaktor yang boleh menjana 15 liter bahan bakar alternatif biodiesel yang dikenali sebagai B5 daripada minyak masak terpakai dalam tempoh dua jam.

Pelajar tahun dua Kejuruteraan Kimia Bioproses itu berkata, reaktor itu yang pertama seumpamanya di Malaysia, dibina hasil kesinambungan program "Go Green, Go Global", program yang mempromosikan penggunaan biodiesel oleh universiti itu pada 2009.

"Diharapkan ia dapat memberi lebih pendedahan dan menarik minat lebih ramai pelajar untuk berkecimpung dalam bidang kejuruteraan," katanya kepada pemberita di UTM, Skudai, hari ini. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment