My Add

Wednesday 18 June 2014

Kerajaan sasar tingkat jumlah akauntan bumiputera 25 peratus

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, rabu 18 Jun, 2014: Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah akauntan profesional bumiputera sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya lapan peratus atau 1,554 orang ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini lulusan bumiputera dalam bidang akauntan ramai iaitu 7,663 atau 64 peratus tetapi jumlah yang memperoleh kelayakan profesional masih rendah.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi memastikan sasaran tersebut dicapai, kerajaan akan mewujudkan Pusat Akauntan Profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menawarkan empat bidang profesional akauntan.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan mengkaji untuk meminda Akta Akauntan 1967 bagi memberi galakan agar lebih ramai akauntan mendapatkan kelayakan profesional.

“Kita juga akan mengkaji keadaan tidak seimbang sekarang di mana dalam kerajaan mereka yang memiliki ijazah akauntan mendapat gaji lebih tinggi berbanding akauntan profesional. Keadaan Ini tidak memberi insentif untuk mereka memperoleh kelayakan profesional.

“Kerajaan percaya kita dapat betulkan keadaan ini dan jumlah bilangan akauntan profesional akan dapat ditingkatkan dalam jangka waktu tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment