My Add

Wednesday 18 June 2014

Polis berkas 7 Geng Botak terlibat kes samun di Miri

MIRI, rabu 18 Jun, 2014: Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam dua hari lepas.

"Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an kemlarin.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment