My Add

Friday 20 June 2014

Ketua Mafia tuduh hakim rasuah

ROME, JUMAAT 20 Jun, 2014: Seorang bekas ketua kumpulan mafia menuduh beberapa orang hakim di Naples menerima rasuah bagi membebaskannya dari tuduhan bunuh yang diakui dilakukannya, kata media Itali semalam.

"Kesemua sistem telah ditentukan di dalam mahkamah di Naples. Sebanyak tiga kali kumpulannya telah memberi suapan bagi memastikan kebebasannya," kata bekas pemimpin kumpulan Camorra, Antonio Iovine kepada beberapa hakim anti-mafia.

Tambahnya lagi, sebanyak 340,000 dolar (RM1.09 juta) telah diberikan kepada hakim setiap kali perbicaraan.

Iovine yang lebih dikenali sebagai Babyface, mengetuai kumpulan Casalesi sehingga penangkapannya pada 2010 selepas 14 tahun melarikan diri dan menjadi seorang pemberi maklumat pada bulan Mei. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment