My Add

Tuesday 3 June 2014

Kilang proses kayu getah di Jitra terbakar

JITRA, SELASA 03 Jun, 2014: Sebahagian kilang memproses kayu getah di Simpang Tiga, Jalan Guar Napai dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam, kebakaran dipercayai berpunca daripada tempat simpanan kayu kilang itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kilang tidak beroperasi.

Pegawai Operasi Zon Satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.49 malam dan sampai pada pukul 11.11 malam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment