My Add

Tuesday 3 June 2014

Dyana Sofya tidak cadang keluar DAP

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.

Dyana Sofya berkata, DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini.

Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment