My Add

Wednesday 18 June 2014

Latihan khusus guru di hospital

KUALA LUMPUR, RABU 18 Jun, 2014: Kementerian Pendidikan akan mewujudkan pusat latihan khusus di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Kelantan bagi melatih guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu membolehkan perancangan yang lebih tersusun dan komprehensif untuk melatih guru-guru dengan kemahiran khusus bagi penempatan di SDH.

“Saya juga mengucapkan terima kepada Kementerian Kesihatan di atas komitmen menyediakan ruang untuk SDH di bangunan-bangunan baharu hospital yang mempunyai kapasiti 500 katil atau lebih," katanya semasa berucap merasmikan SDH Fasa 2 dan Fasa 3 di Hospital Selayang di sini hari ini.

Ketika ini, terdapat 10 SDH di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara dengan seramai 40,568 murid pesakit telah memanfaatkannya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment