My Add

Wednesday 18 June 2014

Bot karam : Enam mayat ditemui, 30 masih hilang

Oleh ZABRY MOHAMAD

KUALA LANGAT, RABU 18 Jun, 2014: Empat lagi mayat mangsa bot karam di Perairan Sungai Hitam, Pulau Carey ditemui kira-kira pukul 3 petang ini.

Penemuan tersebut sekali gus menjadikan kesemua mangsa yang dijumpai setakat ini ialah enam orang. Mayat pertama dan kedua ditemui kira-kira pukul 10.50 pagi.

Kesemua mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemui itu terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki.

Difahamkan, sehingga pukul 4 petang ini, seramai 30 lagi mangsa bot karam masih belum ditemui.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, sebuah tongkang yang membawa 97 orang PATI karam di perairan Sungai Air Hitam di sini.

Seramai 61 PATI berjaya diselamatkan sementara yang lain dikhuatiri lemas. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment