My Add

Monday 16 June 2014

Lelaki 53 tahun mangsa pertama MERS di Bangladesh

DHAKA, ISNIN 16 Jun, 2014: Seorang lelaki Bangladesh yang baharu pulang dari Amerika Syarikat disahkan menjadi pesakit pertama menghidap Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di negara ini, semalam.

Pengarah Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit dan Penyelidik, Mahmudur Rahman, lelaki yang berusia 53 tahun itu kini dirawat di hospital.

"Besar kemungkinan, dia dijangkiti virus berkenaan sewaktu berada di Abu Dhabi, ketika transit dari AS." - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment