My Add

Thursday 19 June 2014

Lelaki didakwa terbit penerbitan hasutan hina Allah, Nabi Muhammad

Oleh MARZITA ABDULLAH

KLANG, KHAMIS 19 Jun, 2014: Seorang pembantu kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbit penerbitan menghasut mengenai Allah dan Nabi Muhammad di laman sosial Facebook, dua tahun lalu.

J. Gopinath, 28, didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat No. 14. Ground Floor Jalan Jasmin 8, Botanik Walk East, Bandar Botanik, di sini pukul 6 petang, 25 September 2012. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment