My Add

Thursday 19 June 2014

Permit kerja eskpatriat lulus dalam tempoh lima hari

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

PUTRAJAYA, KHAMIS 19 Jun, 2014: Jabatan Imigresen akan memendekkan kelulusan permit pekerjaan golongan ekspatriat kepada lima hari waktu bekerja berbanding tempoh sebulan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemudahan tersebut adalah hasil daripada tertubuhya Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) di bawah Jabatan Imigresen.

Selain permit pekerjaan, beliau berkata, ESD turut menawarkan perkhidmatan bersepadu yang merangkumi keperluan ekspatriat lain seperti pas tangungan, pas lawatan sosial, pas lawatan profesional dan pas residen bakat.

"Inisiatif ini adalah jawapan kepada keperluan ekspatriat terutama untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat terbaik daripada luar negara untuk terus berkhidmat di negara ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran ESD di Jabatan Imigresen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment