My Add

Sunday 15 June 2014

Lelaki Myanmar maut ditikam dalam pergaduhan

PERMATANG PAUH, SABTU 14 Jun, 2014: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam dengan pisau dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan dalam kejadian di Kubang Semang, dekat sini awal pagi ini.

Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada pertelingkahan sesama mereka yang bekerja di sebuah tapak binaan di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT) , Supritendan Baharom Abu berkata, lebih 20 warga Myanmar terlibat dalam kejadian itu yang turut menyebabkan seorang lagi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Katanya, polis kini menubuhkan sebuah pasukan khas dan melancarkan operasi memburu suspek yang masih bebas. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment