My Add

Tuesday, 17 June 2014

Lulusan matrikulasi, STPM diikiraf universiti luar negara

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Kualiti program pengajian matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setara dan diiktiraf beberapa universiti di luar negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kelayakan lulusan matrikulasi pada masa ini diterima oleh universiti di luar negara seperti di United Kingdom (UK), Australia, Indonesia dan New Zealand.

Di UK, kata beliau, terdapat 10 universiti menerima lepasan matrikulasi termasuk University of Manchester dan King’s College of London, manakala di Australia adalah University of Sydney.

"STPM pula diiktiraf banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya di negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland.

“Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM ini sama taraf dengan A level malah ia dipantau oleh wakil daripada taksiran Cambridge untuk kekalkan kualiti dan piawaian," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment