My Add

Monday 2 June 2014

Mahkamah benarkan Jenice Lee pinda pernyataan tuntutan

KUALA LUMPUR, isnin 2 Jun, 2014: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha untuk meminda pernyataan tuntutannya dalam saman terhadap pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai atas dakwaan menfitnahnya termasuk tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Michael Wong yang mewakili Jenice selaku plaintif dan peguam Eric Tan yang mewakili Kok Wai selaku defendan.

Michael ketika ditemui berkata, mahkamah membenarkan permohonan Jenice dan menetapkan 4 Julai depan untuk pengurusan kes.

Michael memberitahu, mahkamah turut menetapkan 30 September untuk perbicaraan kes itu.

Pada 12 November tahun lalu, Jenice memfailkan saman itu kerana mendakwa pada 23 April 2013, iaitu pada hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum Ke-13, Kok Wai mengadakan sidang akhbar di Taman Muda, DUN Teratai, yang dihadiri media serta penduduk di kawasan itu, dan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment