My Add

Friday 6 June 2014

Malaysia masih ketinggalan dalam STEM

TANJUNG MALIM, JUMAAT 06 Ju, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia masih ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM ).

Perdana Menteri berkata, secara keseluruhannya pelajar-pelajar di negara ini mencatatkan pencapaian yang lebih rendah berbanding kajian-kajian pencapaian sains dan matematik pada peringkat antarabangsa.

"Misalnya dalam penaksiran Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2009 dan 2012, Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terbawah dalam kalangan negara yang mengambil bahagian.

"Penaksiran Pisa 2012 turut menyaksikan penaksiran penyelesaian masalah kreatif dalam kalangan pelajar Malaysia adalah pada kedudukan ke-39 daripada 44 negara yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Perkhemahan Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Felda di Maktab Rendah Sains Mara Trolak dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment