My Add

Friday 13 June 2014

Malaysia menang anugerah destinasi keluarga terbaik

NEW DELHI, JUMAAT 13 Jun, 2014: Malaysia memenangi anugerah destinasi keluarga terbaik pada Lonely Planet Magazine India Travel Awards 2014.

``Ia merasa hebat untuk dihargai dengan pengiktirafan ini. Kami sering mempromosi Malaysia sebagai destinasi yang memiliki sesuatu untuk setiap orang terutama keluarga yang mahukan pengalaman bagi setiap anggota keluarga mereka,'' kata Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy.

Beliau berkata, pandangan majalah Lonely Planet paling mendapat perhatian oleh pengembara dan menjadi pilihan pembaca yang menjadikan anugerah ini lebih berprestij.

Anugerah diadakan di Mumbai, Maharashtra baru-baru ini.

``Sama ada ia merupakan membeli-belah, pengalaman, taman tema atau golf, Malaysia merupakan antara tempat di mana kehendak setiap anggota keluarga dapat dipenuhi,'' katanya.

Malaysia memenangi anugerah destinasi terbaik bagi makanan dan minuman (antarabangsa) pada Lonely Planet Magazine India Travel Awards 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment