My Add

Friday 13 June 2014

Miss Jakarta 2004 maut dalam kemalangan

JAKARTA, JUMAAT 13 Jun, 2014: Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan di jalan tol Kamal di Jakarta Utara semalam.

Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com.

Beliau berkata, teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment