My Add

Wednesday, 18 June 2014

Malaysia sedia jadi tuan rumah Persidangan Pengakap Sedunia

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, RABU 18 Jun, 2014: Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Sedunia Ke-41 dan Forum Pengakap Muda Sedunia Ke-13 pada 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap hasrat Malaysia itu mendapat sokongan daripada pertubuhan pengakap di negara-negara lain.

"Saya berharap pengundian yang bakal dijalankan di Slovenia hujung tahun ini akan memihak kepada Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Pejabat Biro Pengakap Dunia di Menara Sentral Vista di sini hari ini.

Pejabat baharu Biro Pengakap Dunia itu berfungsi sebagai pusat khidmat bagi operasi antarabangsa Pertubuhan Pengakap Dunia (WOSM). - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment