My Add

Wednesday 18 June 2014

Seorang lagi militan ditangkap bersama raifal

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, RABU 18 Jun, 2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lagi rakyat tempatan yang terlibat dalam kegiatan militan dalam satu operasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar Perak hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd Zinin mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang menyebut, pasukan polis dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman telah menahan suspek yang berusia 25 tahun dan masih bujang.

"Turut dirampas dalam operasi ini adalah satu senjata api jenis raifal dan 48 butir peluru. Senjata api ini digunakan anasir-anasir militan semasa menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar pada Disember 2013.

"Penahanan ini merupakan susulan daripada operasi khas ke atas militan yang dilancarkan Bahagian Counter Terrorism sejak 28 April lalu. Jumlah keseluruhan yang ditangkap setakat ini adalah seramai 16 orang," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment