My Add

Friday 13 June 2014

Malaysia terima 7.09 juta pelancong pada suku pertama tahun ini

PUTRAJAYA, JUMAAT 13 Jun, 2014: Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, negara menerima kunjungan 7.09 juta pelancong bagi tempoh suku pertama tahun ini berbanding 6.45 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan 10 peratus.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) hari ini berkata 10 negara teratas yang rakyatnya melawat Malaysia ialah Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Australia, Jepun, Filipina dan United Kingdom.

``Pelancong rantau Asean terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 72.1 peratus daripada 5.1 juta jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia.

``Dalam kalangan negara Asean, kemasukan pelancong Vietnam merekodkan jumlah tertinggi iaitu 30.1 peratus, diikuti Thailand (20.9 peratus), Kemboja (12.6 peratus), Filipina (10.3 peratus) dan Singapura (10.2 peratus),'' katanya dalam kenyataan di sini.

Tourism Malaysia berkata pasaran jarak sederhana menyumbang 20.1 peratus atau 1.4 juta jumlah keseluruhan ketibaan pelancong ke Malaysia.

Negara yang mencatatkan pertumbuhan dua angka ialah Korea Selatan (37.1 peratus), Arab Saudi (21.4 peratus), Australia (19.2 peratus), New Zealand (14.6 peratus) dan India (11.2 peratus), kata Tourism Malaysia.

Bagi pasaran jarak jauh, merekodkan 0.5 juta pelancong atau 7.9 peratus daripada keseluruhan ketibaan pelancong.

``Pasaran yang mencatatkan pertumbuhan dua angka ialah Rusia (25.3 peratus), Itali (18.3 peratus), Perancis (17.5 peratus), Jerman (15 peratus), Amerika Syarikat (12 peratus), Netherland (11.8 peratus) dan Kanada (10.4 peratus),'' menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment