My Add

Tuesday 17 June 2014

Masjid Negara agih RM120,000 untuk golongan memerlukan

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR, SELASA17 Jun, 2014: Pihak pengurusan Masjid Negara melalui program Jelajah Mahabbah telah mengagihkan sebanyak RM120,000 daripada peruntukan RM180,000 yang disediakan bagi membantu golongan kurang bernasib baik sejak awal bulan ini.

Menurut Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sosial Masjid Negara, Mohd. Zamri Abdul Halim, sumbangan yang diagihkan itu keseluruhannya diperoleh daripada kutipan tabung solat Jumaat sepanjang tahun lepas.

Jelas beliau, tahun ini, sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai itu dirancang disampaikan kepada tiga buah hospital dan tiga buah rumah kebajikan.

“Kami (pengurusan Masjid Negara) telah memperuntukkan RM30,000 untuk diagihkan kepada setiap penerima.

“Program yang dimulakan sejak 2005 ini diadakan bagi memanfaatkan sumbangan para jemaah dengan membantu mereka yang termasuk di dalam golongan asnaf ini," jelas beliau selepas menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Perlindungan Nur Qaseh di Taman Melawati di sini hari ini.

Selain Rumah Kebajikan Nur Qaseh, lima lagi penerima bantuan di bawah program tersebut adalah Hospital Kuala Kubu Baharu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Jempol, Rumah Kebajikan Baitul Aini, Rumah Kebajikan Nur Qaseh dan Rumah Kebajikan Kasih Harmoni.

Bagi korporat dan individu yang ingin menghulurkan bantuan, hasrat itu boleh disampaikan dengan menghubungi Mohd. Zamri di talian 019-9237006, 03-26937784 atau emel zamri@masjidnegara.gov.my. - UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment