My Add

Tuesday 17 June 2014

Kilang bihun disita DBKL hangus terbakar

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Kilang bihun yang dipercayai pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan di Batu 7, Jalan Ipoh di sini sebelum ini, musnah terbakar awal pagi ini.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

"Setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment