My Add

Wednesday 4 June 2014

Melayu dalam DAP bersifat kosmetik

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, perjuangan ekstrem barisan kepemimpinan DAP yang belum disahkan ketika ini adalah seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan perjuangan sederhana pemimpin terdahulu.

Menurutnya, percaturan meletakkan calon wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan juga sebenarnya membawa ironi berharga buat orang Melayu agar sedar dengan hakikat bahawa penglibatan mereka dalam DAP hanya bersifat kosmetik dan boleh dianggap hanya bernilai 50 sen.

"Dahulu dalam DAP ini, Melayu bersaudara dengan semua kaum termasuk Cina dan India, wujud keseimbangan di sana. Namun selepas 2008, parti itu sudah berubah, wujud budaya elitis dalam parti, kena panggil Yang Berhormat dan sebagainya.

"Tetapi perubahan yang ketara adalah apabila mereka sudah mempunyai kuasa, mereka langsung tidak pandang orang Melayu, bangsa Melayu menjadi bangsa 50 sen," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng kelmarin mendakwa, kekalahan DAP berpunca daripada tiga faktor iaitu kemerosotan peratusan keluar mengundi, permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dyana Sofya yang merupakan muka baharu di kawasan itu.

Malah beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi ialah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sikap ego pemimpin pembangkang yang gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca kekalahan DAP.

Mengulas lanjut, ketika ditanya berhubung masa depan politik Dyana Sofya dalam parti cauvinis berkenaan, Zulkifli meramalkan wanita Melayu itu tidak akan meninggalkan DAP pada masa yang terdekat ini.

Namun begitu, beliau menjelaskan, Dyana Sofya akan meninggalkan parti itu selepas beberapa kali 'terhantuk' dan kembali sedar dengan hakikat perjuangan cauvinis Cina DAP.

"Saya ingat kali pertama dia terhantuk, dia masih belum berasa sakit. Tetapi kalau sudah dua tiga kali lagi terhantuk, pasti dia boleh fikir secara rasional.

"Macam saya, saya masih lagi dalam DAP kerana saya perjuangan yang saya bawa selama 26 tahun. Atas pengamalan itu, saya lihat DAP sendiri kini tidak menerima calon orang Melayu yang hebat termasuk peguam, jurutera dan sebagainya untuk bertanding Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment