My Add

Wednesday 4 June 2014

PM perancang utama kemenangan BN di Teluk Intan

TELUK INTAN, SELASA 03 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertindak sebagai perancang utama dalam gerak kerja jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga membolehkan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada DAP.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam melaksanakan misi tersebut, beliau juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Perdana Menteri termasuk mengenai persetujuan meletakkan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon walaupun laporan ketika itu tidak menyebelahi BN.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri telah merancang strategi lain untuk dilaksanakan sepanjang PRK termasuklah pengumuman tawaran jawatan Menteri Kabinet kepada Siew Keong pada malam terakhir sebelum tamatnya tempoh berkempen.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang saya anggap sebagai seorang master strategist yang telah mengatur bagaimana kita mahu memasuki gelanggang pertandingan PRK Teluk Intan pada kali ini.

"Strateginya membolehkan kami mengatur peperangan ini dengan begitu rapi dan berhati-hati. Ternyata segala usaha Perdana Menteri itu tidak sia-sia kerana akhirnya kita berjaya merampas Teluk Intan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan program turun padang meninjau masalah di sekitar Teluk Intan, di sini hari ini.

Zambry berkata, perancangan teliti Perdana Menteri itu dimantapkan dengan peranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihan Raya PRK Teluk Intan yang berjaya mengatur beberapa siri perbincangan dan mesyuarat dengan begitu sempurna sehingga semua jentera parti berfungsi dengan licin dan begitu baik.

Selain itu, kata Zambry, kemenangan manis yang dicapai BN juga kerana Siew Keong merupakan seorang calon yang bersemangat agak luar biasa dan bersungguh-sungguh untuk memastikan BN menang dalam PRK pada kali ini.

"Kemenangan BN juga berlandaskan kepada strategi yang disusun oleh semua peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) terdiri daripada Bahagian dan Cawangan yang berada dalam PDM itu iaitu masyarakat dan penyokong komponen BN di peringkat akar umbi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment