My Add

Monday 9 June 2014

MERS-CoV tidak halang jemaah datang ke Mekah

 * JEMAAH umrah dari Asia memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah mengelak jangkitan MERS-CoV ketika berjalan kaki ke Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi, pada 27 Mei lalu. - AFP
MEKAH, AHAD 08 Jun, 2014: Wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) yang telah menyebabkan seramai 284 orang maut di Arab Saudi, tidak menghalang para jemaah membanjiri Mekah untuk menunaikan umrah, lapor laman web, arabnews.com hari ini.

Bagaimanapun, menurut seorang jemaah dari Malaysia, Abdullah, 45, mereka telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa negaranya tentang jangkitan wabak itu dan mereka dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya turut memakai bahan pencegah kuman di anggota badan bagi mengelak jangkitan," katanya.

Bilangan jemaah dijangka meningkat ketika musim haji bermula, Oktober ini.

Pihak berkuasa Mekah turut menyedarkan maklumat tentang langkah penjagaan kebersihan dan cara untuk mengelak daripada jangkitan virus tersebut.

Jemaah dari Tunisia, Safia bin Mohammed berkata, dia tidak takut dengan jangkitan penyakit itu.

"Bukan mudah bagi saya untuk datang ke sini, jadi saya tidak mampu menangguhkan kunjungan ke mari," katanya.

Pihak berkuasa Tunisia sebelum ini mengeluarkan peringatan kepada rakyatnya untuk menangguhkan ibadah haji disebabkan penyebaran wabak berkenaan.

Tahun lalu, kira-kira lima juta jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah, manakala seramai 4.8 juta jemaah hadir sejak Maal Hijrah, Oktober lalu. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment